01 Jun
01Jun

MAK YONG


MAK YONG merupakan satu-satunya kesenian Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan pada 25 November 2005.  Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
 
 Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
 
 Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Jenis-Jenis Mak yong

Terdapat 5 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Tiga daripadanya terdapat di Malaysia. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
a. Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
b. Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.
c. Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
d. Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
 e. Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.

MEK MULUNG

MEKMULUNG merupakan seni persembahan warisan Melayu yang terkenal di negeri Kedah. Mekmulung berasal daripada perkataan “mek”, iaitu panggilan kepada gadis, sementara perkataan mulung mempunyai dua maksud, iaitu nama hutan Ligor, di Siam, iaitu tempat bermulanya persembahan ini diadakan, manakala maksud kedua ialah sulung, iaitu anak pertama yang memegang watak Puteri Cahaya Bulan.

Persembahan mekmulung pada awalnya mempunyai unsur animistik, iaitu ritual. Ritual ialah upacara menyembah hormat kepada roh nenek moyang yang berperanan melindungi kehidupan daripada anasir jahat. Persembahan mekmulung berlaku di bangsal yang terbuka dan berlantaikan tanah.

MENORA

Menora yang juga dikenali Nora atau Lakon Chatri dalam bahasa Thai mempunyai ciri-ciri asas dalam persembahan iaitu doa yang panjang. Doa diiringi dengan pergerakan kaki, lengan dan jari mengikut irama secara perlahan. Perkara itu yang perlu diketahui.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) khususnya mempunyai usaha dalam memperluaskan pemahaman masyarakat kini kepada Menora yang sememangnya kaya dengan khazanah seni budaya.

Menggerakkan kegiatan teater seperti itu, JKKN menjadikan ia sebagai usaha konsisten yang perlu dijalankan dalam menguatkan ungkapan budaya tradisi dalam masyarakat Malaysia.Bukan sahaja menora, JKKN juga berusaha kuat dalam mempromosikan teater tradisional lain seperti Makyong, Mek Mulung dan Jikey. Ini satu perkembangan yang baik kepada teater.Baru-baru ini, JKKN telah memberi peluang kepada Kumpulan Menora Sri Timur dari Kelantan untuk mempersembahkan Menora di Auditorium JKKN, Kuala Lumpur.

Memilih Menora berjudul Dua Saudara sebagai tatapan, kumpulan ini nyata mempersembahkannya dalam gaya Malaysia dan digabungkan dengan beberapa unsur-unsur Makyong, Jikey dan Mek Mulung.Biarpun pada asalnya Menora dilakukan untuk pelbagai tujuan, bukan untuk keagamaan sahaja, namun kadangkala dilakukan untuk tujuan ritual, dan perubatan, kini ia menjadi satu persembahan hiburan.

 Suntikan watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya yang dinamakan Peran membuatkan Menora Dua Saudara tidak jemu untuk ditonton.Dua Saudara berkisar tentang Raja Besar dan Permaisurinya yang memerintah Kota Singa Maling mangkat menyebabkan takhta diwarisi dua orang puteranya, Cahaya Kaca sebagai Raja dan adindanya Cahaya Emas sebagai Raja Muda.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING