Muzik R&B atau Rhythm dan Blues merupakan gabungan dari genre jazz, blues dan gospel. Pada awalnya muzik ini hanya ditujukan bagi pendengar kulit hitam. Nama Rhythm dan Blues sendiri dibuat pada akhir tahun 1940an di Amerika Syarikat sebagai istilah pemasaran agar tidak dianggap racist.
Tempoh awal muzik R&B berfokus pada ritma boogie dengan pemuzik ternama seperti Bo Diddley dan Chuck Berry. Sementara jenis muzik ini berkembang selama bertahun-tahun sampai akhirnya menumbuhkan beberapa genre baru.
Muzik R&B kontemporer mempunyai susunan tersendiri yang berbeda dengan pendahulunya, dengan beralih fokus pada unsur pop (walaupun elemen jazz, gospel dan blues terkadang masih tetap muncul).
Dari waktu ke waktu, kesan genre R&B sebagai muzik dalam kalangan kulit hitam semakin memudar dengan menyebarnya muzik ini ke seluruh dunia.