PENGENALAN image
Mendengar dan mempelajari muzik membawa seseorang ke arah kepekaan minda yang unik. Tidak kiralah sama ada mereka menyanyi, mendengar atau bermain instrumen. Malah, muzik bukanlah sesuatu bebanan. Muzik melahirkan keseronokan dan rasa gembira bagi penggemarnya.  Hal ini kerana menurut J.Scott Goble,  masyarakat yang hidup dalam era perkembangan industri kini berpeluang  mendengar dan menghayati muzik sebagai hiburan melalui media massa kini. Tambahan pula, muzik juga turut dikatakan sebagai satu terapi untuk menghilangkan tekanan dan stress kerana muzik adalah cukup sinonim dengan kehidupan harian kita dimana ia boleh memberi kesan positif yang mendalam kepada badan dan minda manusia.

Oleh yang demikian, sudah tentu setiap manusia mempunyai kelainan citarasa. Mungkin ada di antara kita yang suka mendengar lagu bercorak instrumental, rancak dan juga muzik tradisional. Namun, kami sebenarnya tertanya-tanya, apakah genre muzik yang anda minati? Adakah cuma sejenis muzik sahaja atau lebih dari dua jenis ? Atau mungkin anda seorang yang universal dan mendengar muzik mengikut emosi anda ?

Jadi, pada laman blog kami ini kami akan kongsikan pelbagai genre muzik yang mungkin tidak penah anda ketahui !
I BUILT MY SITE FOR FREE USING