30 May
30May

GAMELAN

Gamelan diambil daripada perkataan 'gamel' yang berasal dari Jawa. 'Gamel'
bermaksud 'pukul' atau 'tabuh' yang diberikan bersempena peralatan muzik gamelan
yang memerlukan pukulan. Kebanyakan instrumen gamelan adalah daripada jenis yang
memerlukan pukulan.

Menmut satu artikel yang ditulis di Portal Rasmi Gamelan Terengganu (gamelan.terengganu.gov.my), gamelan terdiri daripada himpnnan instrumen muzik seperti metalofon, gambang, dan gong. Kebanyakan instrumen ini boleh didapati di Pulau Jawa, Madura, Bali dan juga Lombok. Tambahan lagi, gamelan juga dikatakan telah wujucl sejak kurun ke-17 belas lagi dan berasal daripada Kepulauan Riau-Lingga. Gamelan juga telah diperkenalkan ke Pahang semassa Pahang dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah.

 Kemudian datangnya gamelan ke Terengganu berikutan perkahwinan antara Tengku Ampuan Mariam dengan SultanSulaiman Badrul Alam Shah yang begitu meminati persembahan gamelan ini. Di samping itu, gamelan telah diklasiflkasikan sebagai kesenian yang bertaraf tinggi dan dahulunya menjadi hiburan kepada golongan bangsawan sahaja. Kebiasaannya, gamelan dimainkan dengan mengiringi tarian persembahan tarian secara langsung yang dikenali sebagai Joget Gamelan.

KUDA KEPANG

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

CAKLEMPONG

Caklempong ialah alat muzik tradisional dari keluarga idiofon yang menggunakan skel diatonik. Muzik Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat di kalangan masyarakat Minangkabau. ‘Cak’ bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala ‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang.Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra).Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai Telempong, celempong dan taklempong

SEJARAH
Sehingga kini belum ada keterangan yang jelas mengenai sejarah asal alat muzik ini. Terdapat beberapa pendapat yang menjurus kepada kesimpulan berikut:
Pendapat pertama:
Caklempong berasal dari kayangan berdasarkan cerita ‘Hikayat Malim Deman.’
Pendapat Kedua:
Pendapat ini datang dari orang Minangkabau yang mengimbas kembali kisah yang berlaku di Tanah Datar Minangkabau. Semasa pertabalan Tunku Laras, baginda tiba-tiba ghaib dan dipercayai dilarikan oleh Puteri Kayangan. Di kayanganlah baginda mendengar bunyian yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong.


BONGAI 

Bongai merupakan muzik yang tidak asing lagi di Negeri Sembilan. Bongai boleh dikategorikan sebagai lagu – lagu tradisi untuk masyarakat Negeri Sembilan khasnya. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai dicipta daripada dua perkataan iaitu perkataan “Bong” dan perkataan “Aye”. Perkataan “Bong” bermaksud “seseorang yang dihormati” manakala perkataan “aye” bermaksud “saya”. Nyanyian Bongai selalu dipersembahkan dalam bentuk berbalas pantun dan boleh dinyanyikan secara solo, berduet dan beramai – ramai. Manakala, antara lagu yang popular pula ialah Cantik Manis, Kapeh, Irama Budu Landai, Donak Donai dan Anak Bocek. Peralatan alat muzik yang selalu mengiringi persembahan muzik Bongai seperti caklempong, accordian, gong, rebana dan tiupan serunai atau salung.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING